Takaful Badal Haji yang Pertama di Malaysia

Takaful Badal Haji yang Pertama di Malaysia
Rasullah s.a.w bersabda : " Ibadah Haji Mabrur iaitu Haji yang diterima ,tiada ganjarannya selain dari syurga



Kita sibuk mencari rezeki,mengejar kemewahan hingga tiada kesempatan untuk urusan kewajipan agama,seperti menunaikan Haji di Mekah.


Bukan tiada kemampuan,Belum sampai seru ,itu yang biasa kita dengar.


Namun kini atas inisiatif Hong Leong Tokio Marine Takaful
dengan kerjasama Tabung Haji Travel & Services ,Maka lahir lah TAKAFUL BADAL HAJI.


Ini merupakan TAKAFUL BADAL HAJI yang pertama seumpamanya di lancarkan di Malaysia.


Ini bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat yang beragama islam untuk menunaikan ibadat Haji.


Kini tiada lagi istilah tiada kemampuan atau belum sampai seru,kerana dengan TAKAFUL BADAL HAJI kita semua mampu walaupun kurang berkemampuan.


Ini kerana di dalam TAKAFUL BADAL HAJI kita hanya perlu membuat caruman sebanyak RM50 sahaja setiap bulan.


Apabila cukup tempoh simpanan peserta akan di kembalikan wang caruman,dan sekiranya meninggal dunia maka akan di buat BADAL HAJI.

Penama akan mendapat wang khairat kematian dan Sijil Badal haji bagi pihak peserta sebagai bukti Badal Haji telah di laksanakan.

Badal Haji ini akan di uruskan oleh TH Travel & Services Sdn Bhd.Sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji dalam melantik individu yang layak bagi mengerjakan Badal Haji bagi pihak peserta.

Apabila berlaku kematian atau keilatan kekal ,sejumlah RM2500.00 akan di tolak dari manfaat peserta yang belum di bayar kepada penama untuk pembayaran Badal Haji kepada TH Travel & Services Sdn Bhd.

TH Travel & Services Sdn Bhd akan melantik individu yang layak mengerjakan Badal Haji bagi pihak peserta.Badal Haji akan dijalankan semasa musim Haji selaras dengan senarai giliran nama.



APAKAH MAKSUD BADAL HAJI...?


Badal ertinya 'ganti ' , 'pengganti ', atau yang ' digantikan'. Oleh itu Badal Haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam.Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:

" Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia ,iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."

KERATAN AKHBAR PERLANCARAN TAKAFUL BADAL HAJI YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI MALAYSIA

CONTOH SIJIL YANG AKAN DI TERIMA OLEH PENAMA SEBAGAI BUKTI BADAL HAJI TELAH DI LAKSANAKAN BAGI PIHAK PESERTA

JADUAL MANFAAT SEBELUM DAN SELEPAS DITOLAK KOS BADAL HAJI

TEMPOH PENYERTAAN

  • Had umur tamat 80 tahun
  • Had umur mula menyertai maksima 60 tahun
  • Had umur menyertai minima 1 tahun
  • Pengeluaran boleh dilakukan untuk tujuan haji dan sebagainya

APAKAH KEBAIKAN TAKAFUL BADAL HAJI...?

  • Menyimpan untuk menunaikan haji
  • Jika meninggal dilaksanakan badal haji
  • Diberikan wang khairat kematian dan pulangan simpanan untuk melangsaikan hutang simati atau bersedekah untuk simati

KENAPA PERLU MENYERTAI TAKAFUL BADAL HAJI..?

  • Jika meninggal sebelum sempat menunaikan haji
  • Uzur akibat tua atau sakit
  • Uzur akibat hilang upaya seperti lumpuh atau cacat
  • Simpanan dijamin dengan takaful
  • Caruman yang rendah supaya semua orang mampu dan layak

CARA UNTUK MENYERTAI TAKAFUL BADAL HAJI

  • Mencarum RM50 setiap bulan
  • Mencarum melalui potongan gaji / bayar di bank
  • Simpanan di jamin dengan takaful
  • Sediakan salinan kad pengenalan
  • Sediakan salinan slip gaji
Jangan tunggu lagi
Hubungi saya segera untuk pendaftaran.
Jadilah peserta Takaful Badal Haji agar kita berkesempatan menunaikan Haji sewaktu hidup atau mati.

Hanya simpan RM50 sebulan